WWW.sukasukihatisaye.blogspot.com

21.5.12

pesanan : hijab wanita


re-post daripada facebook

dibawah ini menyebutkan sifat2 pakaian muslimah yang telah dijelaskan oleh al-Quran, hadis dan pendapat kebanyakan para fuqaha:

1. pakaian harus menutup aurat.
janganlah wanita2 menampakkan sedikit pun dari perhiasan meeka kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin disembunyikan. Ibnu Mas'ud r.a berkata , "maksudnya ialah kerudung yang biasa dikenakan wanita2 Arab di atas pakaiannya, serta bahagian2 di bawahnya pakaiannya yang tampak, maka hal itu bukan dosa baginya disebabkan ia termasuk bahagian yang tidak mungkin disembunyikan."

2. pakaian tidak terlalu tipis hingga menampakkan bentuk tubuh.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"pada akhir ummatku nanti akan datang wanita2 yang berpakaian namun hakikatnya telanjang. di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol (pundak unta). kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."
dalam hadis lain:
" mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium harumnya meskipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian sekian."
     apa yanng dimaksudkan dalam hadis itu ialah kaum wanita  yang mengenakan pakaian tipis yang dapat menggambarkan bentuk tubuh badannya  yang juga tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. mereka tetap berpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang.

3. pakaian tidak terlalu sempit atau ketat.
harus menutupi bahagian tubuh yang berupaya merangsang nafsu lelaki yang melihatnya. Usamah bin Zaid r.a pernah berkata, "Rasulullah s.a.w  memberiku baju Qibtiyah yang tebal (biasanya baju Qibtiyah tipis) yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Kalabi kepada baginda. baju itu pun aku pakaikan kepada isteriku. Nabi s.a.w. bertanya kepadaku "mengapa engkau tidak mengenakan baju Qibtiyah?". "aku pakaikan baju itu kepada isteriku.", jawabku. Rasulullah  s.a.w. bersabda, "perintahkan ia agar mengenakan baju di dalam balik baju Qibtiyah itu kerana saya khuatir baju itu masih tetap menggambarkan bentuk tulangnya."

4. pakaian yang lazimnya tidak dipakai sebagai perhiasan, tidak terlalu cerah.
tetapi harus berwarna gelap (hitam atau kelabu) sehingga tidak merangsang lelaki yang melihatnya. dalam Tafsir Ibnu Katsir, pakaian wanita ketika mereka keluar rumah pada zaman Nabi s.a.w. berwarna hitam.
dalam hadis:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
" ada 3 golongan yang tidak akan ditanya, iaitu: seorang lelaki yang meninggalkan jemaah atau menderhakai imamnya serta meninggal dalam keadaan derhaka, seorang hamba wanita atau lelaki yang melarikan diri dari tuannya lalu ia mati, serta seorang wanita yang ditinggal pergi oleh suaminya; padahal suaminya mencukupi keperluan duniawinya, namun setelah itu ia berabarruj.

5. tidak menyerupai pakaian lelaki.
" Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki"
" tidak termasuk golongan kami wanita yang menyerupakan diri dengan kaum lelaki dan kaum lelaki yang menyerupakan diri dengan kaum wanita"
   hadis2 diatas mengisyaratkan mengenai pengharaman tindakan wanita yang menyerupai kaum lelaki dan demikian juga sebaliknya. hal ini bersifat umum, meliputi masalah pakaian dan lainnya, kecuali hadis pertama yanng hanya khusus membincangkan hukun dalam masalah pakaian.

6. tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
" barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan itu."
    hadis diatas menyatakan bahawa apabila kita meniru niru perbuatan sesuatu kaum, maka kita akan digolongkan kepada kaum itu. meniru niru gaya pakaian wanita orang2 kafir, maka ia termasuk ke dalam golongan itu.

7. jangan sesekali memberi wewangian yang berlebihan.
dari Abu Musa al Asy'ari r.a, ia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
" siapapun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapatkan baunya, maka ia adalh penzina."

* pada zaman jahiliyyah dahulu, wanita2 Arab biasanya menampakkan aurat mereka sebagaimana yang juga dilakukan berleluasa oleh wanita masa kini. ada diantara mereka yang berkerudung menutup kepala dan leher belakang, tetapi menampakkan wajah, leher depan dan dada.
*kerudung = tudung atau jilbab...:))

# semua perkara diatas memang harus dikuti oleh semua wanita.... saya berharap, saya dapat menjadi wanita yang sempurna agar dapat mengikuti semua hadis atau perintah daripada Rasulullah.. :))

0 respon anda :)):