WWW.sukasukihatisaye.blogspot.com

21.5.12

7 perkara yang lelaki harapkan perempuan tahu



  1. kerap menghubungi bukan tanda sudah jatuh cinta.
okay gurls.. itu antara kenyataan yang perlu ambil peduli.. lelaki ada kalanya menghubungi hanya untuk bertukar-tukar cerita,pendapat,bertanya khabar atau mengisi masa terluang.. kerap menghubungi bukan bermakna jatuh cinta.. sila jangan cepat perasan okay! kalau mahukan kepastian, jangan segan silu untuk bertanya dari terus berteka-teki..


2. lebih cantik tanpa make-up.
  • sedari hakikat ini.. dengan solekan yang tebal diwajah, seseorang gadis itu kurang menampakkan keaslian dari segi kecantikan.. ada kalanya ia nampak fake! oh! tidak!.. ini bukan yang diingini oleh seseorang lelaki yang lebih mudah tertarik dengan kecantikan semula jadi.. so, wahai gadis sekalian, hendak bersolek itu boleh tetapi biarlah berpada-pada.. kekalkan keaslian wajah itu lebih utama.. serlahkan budi bicara yang boleh dipuji serta menarik perhatian..
3. tergedik-gedik???excuse me!!
  • lelaki paling tak suka dengan gadis yang bersikap sebegini.. sungguh menjelikkan! tidak dinafikan gadis dalam usia remaja cukup gemarkan perhatian.. tetapi tolong jangn meraih perhatian dengan cara sebegini.. ada banyak cara lain untuk menarik  perhatian lelaki.. antaranya tampil dengan pakaian yang menarik dan paling utama, sila serlahkan sikap keanggunan yang perlu ada pada diri seorang gadis..
4. terlalu risau tentang fizikal.
  • terimalah kenyataan bahawasanya bentuk fizikal memang sedemikian rupa! andai tak puas hati, lakukan perubahan.. lelaki cukup pantang mendengar rungutan dan bebelan tersebut yang dirasakannya umpama radio buruk!
5. bangga bercerita soal 'aset'
  • sikap penuh keterbukaan ini bukan membenarkan semua perkara wajar diceritakan.. kalau bab-bab 'aset' ni, nak bercerita pun biarlah dengan kawan perempuan sahaja.. tak perlu dikongsi dengan kawan lelaki.. sebagai seorang gadis, perlu ada sikap malu terutamanya dalam hal sedemikian..
6. terlalu seksi??? isyyy....
  • memang betul.. kalau terlalu seksi ataupun bergaya sebegitu tak kene tempat, memang sahih nampak seperti perempuan murahan! elakkan sedemikin rupa kerana setiap wanita perlu menjaga maruah masing-masing.. bila berpakaian seksi ini juga boleh mengundang perkara-perkara yang tidak elok seperti kes rogol.. tidak salah mahu bergaya, asalkan jangan keterlaluan..
7. kebanyakan lelaki mencari gadis yang boleh dijadikan pasangan.
  • ada lelaki yang bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian.. jika gadis yang sedang didampingi tidak sesuai dengannya, dia boleh bertukar kepada calon lain.. ini perkara yang logik yang perlu diterima oleh golongan wanita. bukan paras rupa semata-mata.. apa yang penting, ialah hati budi dan akal fikiran calon yang didampingi..


ekceli mende2 alah nie bukan ape.. saja je nak bgtau.. aku tau korang mesti nak tau ape pendapat sorang lelaki terhadap pompuan kan.. n bgtau ape yang dorang nak... yang kat atas nie hanya sebahagian je.. yang laen2 tu.. pandai2 kite la nak buat camne.. sume terletak pada kelakuan n sikap kite... :)))

0 respon anda :)):