WWW.sukasukihatisaye.blogspot.com

21.5.12

ciri2 kawan zaman sekarang



re-post daripada facebook notes. post kenangan :')

skang nie macam2 kawan yg saye pernah jmpe...
  1. kawan baek
  2. kawan mase senang jer
  3. kawan time susah n senang
  4. kawan yg menumpang kesenangan
  5. kawan yg senang bawa bincang
  6. kawan yg memang sekepala
  7. kawan hipokrit.. (talam 2 muke)
  8. kawan makan kawan
  9. kawan tikam blakang
  10. kawan yg bawa pengaruh
  11. kawan yg da cam family sendri
  12. kawan yg berasal dari musuh
  13. kawan mulot cam murai
  14. kawan mulot laser
  15. kawan SLOW~
  16. kawan player
  17. kawan yg ske cari gado (gurau)
  18. kawan HOTT
  19. kawan yg talkative
  20. kawan yg silence
papepon skang nie...saye happy dengan kawan POYO saye... memang kawan yg GILER.. giler tahap GABAN.. haha!! ramai yg sangke kami nakal..ske cari kesalahan kt skola..slalu kene point dengan senior..even kami tak salah ponn..kami slalu dipandang serong dengan dak2 laen..tp kami tak kesah.. sukati kami nak buat ape asalkan kami bahagia..ramai yg kate kami nie cam magnet..cam kembar pon ade.. ntah tang mane yg same pon saye tataw.. na kate idong,idong dia KEMBANG..hahaha...myb pipi n mate kami same kott..hm.. kami memang sempoi..kaki jalan..kaki rempit..yg bestnye kami nie,even org gurau2 kami tak terase pon..takde rase nak simpan dlm hati.. nak tacink2..tak maen la kn..treadmark kami: PEGI MATI LA!! ADE AKU KESAH??! ha... pastu citer abes centu jer.. kami memang cool..kami nak marah2?..kene tgok keadaan lu..kalo kes yg berat sampai buat kami fedup bru kami akan marah forever ever after laa.. ceyy..kami memang baek..tp jangan ngengade nak uji kesabaran kami..lg2 saye..kang kene hi 5 kat pipi bru nyesal..kalo ade wat salah kt kami cnthnyer ngate or ngutok kt blakang2 ke kn.. plz dtg jmp kami,ckp tros terang n lastly must say sorry..juz that 1 word..pastu kami akan pertimbangkn..hm..ape lg?? kami nie..kalo diberi tugas or tanggungjawab,kami akan lakukn dengan usaha 100%! asalkan kami sntiase gether..tp kalo ade cacat cela,jgn pertikaikn n buat cerita yg mendatangkn sakit hati..sakit telinge n sakit otak..:)) dimane ade dia..mesti kene ade saye..kalo tak,tak boleh idop babe! cam ade something wrong somewhere.. haaa :)) tp jangan salah anggap..kami bukan LES..masing2 ade perasaan pade sorg yg bernama LELAKI..^_^ weeee~~

to my twin,
i am you.. you are me..
em..
kitak kawan kamek nak? kita jadi sahabat k? eboh gaok2..tolong kamek masa kamek susah..kita bolah senang sama2.. :))
(bahase sarawak.. maju kott..
*the evil 8* auwww!!! hahaha

7 perkara yang lelaki harapkan perempuan tahu



  1. kerap menghubungi bukan tanda sudah jatuh cinta.
okay gurls.. itu antara kenyataan yang perlu ambil peduli.. lelaki ada kalanya menghubungi hanya untuk bertukar-tukar cerita,pendapat,bertanya khabar atau mengisi masa terluang.. kerap menghubungi bukan bermakna jatuh cinta.. sila jangan cepat perasan okay! kalau mahukan kepastian, jangan segan silu untuk bertanya dari terus berteka-teki..


2. lebih cantik tanpa make-up.
  • sedari hakikat ini.. dengan solekan yang tebal diwajah, seseorang gadis itu kurang menampakkan keaslian dari segi kecantikan.. ada kalanya ia nampak fake! oh! tidak!.. ini bukan yang diingini oleh seseorang lelaki yang lebih mudah tertarik dengan kecantikan semula jadi.. so, wahai gadis sekalian, hendak bersolek itu boleh tetapi biarlah berpada-pada.. kekalkan keaslian wajah itu lebih utama.. serlahkan budi bicara yang boleh dipuji serta menarik perhatian..
3. tergedik-gedik???excuse me!!
  • lelaki paling tak suka dengan gadis yang bersikap sebegini.. sungguh menjelikkan! tidak dinafikan gadis dalam usia remaja cukup gemarkan perhatian.. tetapi tolong jangn meraih perhatian dengan cara sebegini.. ada banyak cara lain untuk menarik  perhatian lelaki.. antaranya tampil dengan pakaian yang menarik dan paling utama, sila serlahkan sikap keanggunan yang perlu ada pada diri seorang gadis..
4. terlalu risau tentang fizikal.
  • terimalah kenyataan bahawasanya bentuk fizikal memang sedemikian rupa! andai tak puas hati, lakukan perubahan.. lelaki cukup pantang mendengar rungutan dan bebelan tersebut yang dirasakannya umpama radio buruk!
5. bangga bercerita soal 'aset'
  • sikap penuh keterbukaan ini bukan membenarkan semua perkara wajar diceritakan.. kalau bab-bab 'aset' ni, nak bercerita pun biarlah dengan kawan perempuan sahaja.. tak perlu dikongsi dengan kawan lelaki.. sebagai seorang gadis, perlu ada sikap malu terutamanya dalam hal sedemikian..
6. terlalu seksi??? isyyy....
  • memang betul.. kalau terlalu seksi ataupun bergaya sebegitu tak kene tempat, memang sahih nampak seperti perempuan murahan! elakkan sedemikin rupa kerana setiap wanita perlu menjaga maruah masing-masing.. bila berpakaian seksi ini juga boleh mengundang perkara-perkara yang tidak elok seperti kes rogol.. tidak salah mahu bergaya, asalkan jangan keterlaluan..
7. kebanyakan lelaki mencari gadis yang boleh dijadikan pasangan.
  • ada lelaki yang bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian.. jika gadis yang sedang didampingi tidak sesuai dengannya, dia boleh bertukar kepada calon lain.. ini perkara yang logik yang perlu diterima oleh golongan wanita. bukan paras rupa semata-mata.. apa yang penting, ialah hati budi dan akal fikiran calon yang didampingi..


ekceli mende2 alah nie bukan ape.. saja je nak bgtau.. aku tau korang mesti nak tau ape pendapat sorang lelaki terhadap pompuan kan.. n bgtau ape yang dorang nak... yang kat atas nie hanya sebahagian je.. yang laen2 tu.. pandai2 kite la nak buat camne.. sume terletak pada kelakuan n sikap kite... :)))

tips : 10 rahsia lelaki perlu gadis tahu



  1. lelaki tidak akan tertarik dengan gadis hanya kerana dia memiliki bentuk fizikal yang menarik..
  2. lelaki mudah 'cair' jika gadis yang mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka..
  3. lelaki bukan sorang yang 'mesra telefon!..
  4. lelaki cukup suka andai gadis memberi idea atau menegur mengenai gaya pemakaiannya..
  5. lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating buat kali pertama!..
  6. lelaki cukup pantang dengan leteran dari gadis!
  7. lelaki kurang mengerti dengan bahasa tubuh gadis.. lelaki juga tak faham dengan makna kata-kata kiasan yang gadis tuturkan padanya..
  8. pita suara lelaki lebih panjang daripada seorang perempuan..
  9. lelaki mudah terpengaruh dengan persekitaran..
  10. lelaki hanya mempunyai seorang gadis sebagai teman sehidup semati.. ketahuilah bahawa andai seorang lelaki sudah bersedia untuk mempunyai komitmen, mereka hanya akan memberi tumpuan terhadap seorang gadis sahaja..

mitos!


apa yang aku nak bagitau ni memang fakta. tapi tula selalunya pandangan orang sekarang. macam2 ragam tentang cinta. ade jugak pantang larang, peraturan dalam percintaan. FYI, kat bawah ni semua mitos. take a note.

  1. cinta pandang pertama
  2. "you complete me"
  3. minat & selera harus sama
  4. harmoni = tidak pernah bertengkar
  5. cinta adalah segalanya
  6. cinta memerlukan pengorbanan
  7. romantic love last forever
  8. ubat patah hati : cari cinta yang baru
  9. perlu selalu berjumpa untuk lebih akrab
  10. bernikah = mengakhiri perjalanan cinta

tips : 20 ciri jujur gadis pada lelaki




  1. si dia habiskan hujung minggu bersama kamu
  2. menghubungi kamu saban waktu
  3. berkongsi hobi bersama
  4. tidak berkira, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan wang ringgit
  5. sanggup bertolak ansur
  6. menjain hubungan baik bersama ibu bapa dan adik beradik kamu
  7. tidak melenting andai kamu mahu keluar bersama rakan untuk menonton perlawanan bola sepak
  8. si dia mendahulukan kamu dalam apa jua situasi
  9. kenalkan kamu pada kawan2 rapatnya
  10. sanggup berkongsi hobi meskipun itu bukan minatmu yang sebenar
  11. boleh berkongsi mengenai apa sahaja
  12. boleh hidup susah senang bersama kamu
  13. mempercayai kamu meskipun kamu ada tugasan diluar kawasan
  14. mengingati tarikh2 penting dalam hidupmu
  15. kenalkan kamu pada keluarganya
  16. mahu mendengar suaramu setiap kali si dia mahu lelapkan mata
  17. tidak kisah dengan kekurangan atau kelemahan yang ada pada kamu
  18. sentiasa memberi nasihat dan galakan kepada kamu untuk memajukan diri
  19. si dia menghormati kamu sebagai seorang lelaki dan kekasih hati
  20. prihatin terhadap dirimu termasuk menjagamu ketika kamu sedang sakit

tips : katakan 'no' kepada lelaki ini



  • merayu pada kamu untuk datang kerumahnya
  • cuba mengambil kesempatan terhadap kamu misalnya awal2 lagi berani menyentuh kamu
  • kaya dengan kata2 manis dan pujuk rayu
  • menjauhkan diri dari kamu ketika menjawab panggilan
  • mengajak kamu ke tempat2 yang sunyi dan jauh dari orang. alasannya perlukan 'privacy' tetapi hakikat sebenarnya kamupun pasti dapat mengagaknya
  • takut memperkenalkan kamu pada teman2 dan ahli keluarganya 
  • terlalu banyak undang2 misalnya tidak boleh menghubunginya pada waktu2 tertentu dan sebagainya
  • terlalu banyak alasan setiap kali kamu mencurigai sikapnya
  • menggunakan wang dan kekayaan untuk menarik perhatian perempuan
  • ada waktu2 tertentu si dia menyepi tanpa berita kemudian tiba2 muncul dengan pelbagai alasan

pesanan : hijab wanita


re-post daripada facebook

dibawah ini menyebutkan sifat2 pakaian muslimah yang telah dijelaskan oleh al-Quran, hadis dan pendapat kebanyakan para fuqaha:

1. pakaian harus menutup aurat.
janganlah wanita2 menampakkan sedikit pun dari perhiasan meeka kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin disembunyikan. Ibnu Mas'ud r.a berkata , "maksudnya ialah kerudung yang biasa dikenakan wanita2 Arab di atas pakaiannya, serta bahagian2 di bawahnya pakaiannya yang tampak, maka hal itu bukan dosa baginya disebabkan ia termasuk bahagian yang tidak mungkin disembunyikan."

2. pakaian tidak terlalu tipis hingga menampakkan bentuk tubuh.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"pada akhir ummatku nanti akan datang wanita2 yang berpakaian namun hakikatnya telanjang. di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol (pundak unta). kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."
dalam hadis lain:
" mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium harumnya meskipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian sekian."
     apa yanng dimaksudkan dalam hadis itu ialah kaum wanita  yang mengenakan pakaian tipis yang dapat menggambarkan bentuk tubuh badannya  yang juga tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. mereka tetap berpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang.

3. pakaian tidak terlalu sempit atau ketat.
harus menutupi bahagian tubuh yang berupaya merangsang nafsu lelaki yang melihatnya. Usamah bin Zaid r.a pernah berkata, "Rasulullah s.a.w  memberiku baju Qibtiyah yang tebal (biasanya baju Qibtiyah tipis) yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Kalabi kepada baginda. baju itu pun aku pakaikan kepada isteriku. Nabi s.a.w. bertanya kepadaku "mengapa engkau tidak mengenakan baju Qibtiyah?". "aku pakaikan baju itu kepada isteriku.", jawabku. Rasulullah  s.a.w. bersabda, "perintahkan ia agar mengenakan baju di dalam balik baju Qibtiyah itu kerana saya khuatir baju itu masih tetap menggambarkan bentuk tulangnya."

4. pakaian yang lazimnya tidak dipakai sebagai perhiasan, tidak terlalu cerah.
tetapi harus berwarna gelap (hitam atau kelabu) sehingga tidak merangsang lelaki yang melihatnya. dalam Tafsir Ibnu Katsir, pakaian wanita ketika mereka keluar rumah pada zaman Nabi s.a.w. berwarna hitam.
dalam hadis:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
" ada 3 golongan yang tidak akan ditanya, iaitu: seorang lelaki yang meninggalkan jemaah atau menderhakai imamnya serta meninggal dalam keadaan derhaka, seorang hamba wanita atau lelaki yang melarikan diri dari tuannya lalu ia mati, serta seorang wanita yang ditinggal pergi oleh suaminya; padahal suaminya mencukupi keperluan duniawinya, namun setelah itu ia berabarruj.

5. tidak menyerupai pakaian lelaki.
" Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki"
" tidak termasuk golongan kami wanita yang menyerupakan diri dengan kaum lelaki dan kaum lelaki yang menyerupakan diri dengan kaum wanita"
   hadis2 diatas mengisyaratkan mengenai pengharaman tindakan wanita yang menyerupai kaum lelaki dan demikian juga sebaliknya. hal ini bersifat umum, meliputi masalah pakaian dan lainnya, kecuali hadis pertama yanng hanya khusus membincangkan hukun dalam masalah pakaian.

6. tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
" barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan itu."
    hadis diatas menyatakan bahawa apabila kita meniru niru perbuatan sesuatu kaum, maka kita akan digolongkan kepada kaum itu. meniru niru gaya pakaian wanita orang2 kafir, maka ia termasuk ke dalam golongan itu.

7. jangan sesekali memberi wewangian yang berlebihan.
dari Abu Musa al Asy'ari r.a, ia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
" siapapun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapatkan baunya, maka ia adalh penzina."

* pada zaman jahiliyyah dahulu, wanita2 Arab biasanya menampakkan aurat mereka sebagaimana yang juga dilakukan berleluasa oleh wanita masa kini. ada diantara mereka yang berkerudung menutup kepala dan leher belakang, tetapi menampakkan wajah, leher depan dan dada.
*kerudung = tudung atau jilbab...:))

# semua perkara diatas memang harus dikuti oleh semua wanita.... saya berharap, saya dapat menjadi wanita yang sempurna agar dapat mengikuti semua hadis atau perintah daripada Rasulullah.. :))