WWW.sukasukihatisaye.blogspot.com

18.4.12

tips : cara putihkan gigi (home made)


dah lama tak jenguk blog ni. busy sangat dengan aktiviti harian. tambah2 lagi sekarang ni aku dah kerja. temporary staff as a clerk at UNIKL-BMI. dekat je.. kat gombak. berdekatan dengan UIAM. kalau diikutkan banyak je cerita nak share ni tp nanti2 je lah cerita * saje nak bagi kau hot.hiks. 

actually entry kali ni aku nak bagi tips sikit. macam yang korang bace kat tajuk tu. cara putihkan gigi (home made). cara ni sebenarnya bukan la dari aku. ciplak dari youtube je. hak hak. bila boring2 kat office tu, xsalah curi tulang sekejap. kejap jee.. btol xtipu. hee..

so, caranye senang je. 

bahan2: * berus gigi
             * baking soda (untuk buat kek tuuu)
             * air

1. 1st step korang kena la berus gigi korang dulu guna ubat gigi. tak kesahla jenama ape pon. berus besih2.. jangan ganas2, kang berdarah, ade gak yang pengsan dalam bilik air tu kang. haha.

2. pastu, korang pergi dapur jap. ambik piring kecik. kecik je tau. jangan ambik pinggan makan tu pulak. hambik kau, besar sangat la cik senah oi. haha.

3. kemudian, korang ambik satu sudu kecil baking soda dan satu sudu kecil air (air paip je senang). sebatikan.. gaul gaul gaul.. 

4. next, korang pergi masuk bilik air balik (saje nak buli korang. kah kah!). eh, jangan lupa bawak baking soda yang korang dah bancuh tadi. korang ambik berus gigi cantik korang tu, then letak sikit bancuhan baking soda tadi tu. pastu bolehla start berus gigi korang. dah selesai, boleh la kumur2 sampai bersih.

simple je cara ni. korang kene la rajin buat bende yang sama hari2. dua kali sehari paling minima. insyaallah, dengan cara ni korang akan dapat gigi yang putih bersih. kuning2 tu xde dah :)

cuba..jangan tak cuba. xde sape yang xnak cantik kan.



terima kasih sebab baca entry ini :)


13.3.12

tragedi


tok! tok ! tok! "baby.. bangun sahur. nanti imsak pulak" dengan rasa tanggungjawab papa kejutkan aku bangun sahur. baru sembilan hari berpuasa aku dah diberi 'cuti' tapi tak nak lah kecewakan papa, aku gagahkan juga untuk bangun bersahur.

aku ke ruang makan bersebelahan dengan bilikku. abang serta kakak ipar ku semua sedang enak menjamu selera. tapi mataku tertancap pada muka papa. 
"cantiknya papa pagi ni. muka berseri-seri sangat. putih bersih" aku bermonolog sendiri. memandangkan aku diberi 'cuti', aku hanya duduk disofa berdekatan meja makan. papa mula bersuara, "baby, taknak makan ke? papa habiskan lauk ni nanti". aku hanya menjawab, "takpelah.. papa makan je. baby tak puasa, nanti pandai-pandai la baby masak sendiri". papa hanya tersenyum memandangku. 

selesai semua ahli keluargaku bersahur, kini giliran aku pula untuk mengisi perut yang sejak petang semalam tidak diisi. aku mula masak bihun goreng. masak simple-simple pun cukuplah.

ketika aku sedang enak menjamu selera, makan masakan aku yang paling sedap didunia tu.. cewwah! tiba-tiba aku terlihat papa sedang asyik melihat aku yang sedang makan. muka tak senyum. macam muka tiada perasaan. dalam hatiku mula bercakap, "papa ni kenapa? pelik je tengok aku macam tu. macam nak makan orang". hmm..

usai makan, aku mula semangat menggosok baju sekolah berwarna putih. sudah sebulan aku tidak memakai baju sekolah warna putih itu gara-gara sekolah memerlukan aku untuk memakai baju sekolah berwarna kelabu. tingkatan enam la katakan..hehe.

selepas itu aku mula bersiap untuk mandi dan bersiap untuk ke sekolah. ahli keluarga yang lain semua sudah ke tempat kerja masing-masing. aku ni biasalah, anak dara bersiap memang lambat. pakai tudung pun sudah sepuluh minit.

memandangkan aku dah siap,mama pun sudah menghidupkan enjin kereta.aku mula bergerak ke sekolah. ayuh!

dalam perjalanan,beberapa kilometer dari rumah aku terdapat satu kemalangan antara motosikal dan sebuah lori pasir. ramai orang berkerumun melihat kejadian dan polis pula sibuk mengawal keadaan. aku sudah tidak sedap hati. dup dap dup dap! aku lihat sekujur tubuh ditutup dengan plastik hitam kebetulan aku dapat melihat baju yang dipakai oleh mangsa terbabit berwarna putih. "barangkali budak sekolah", aku memberitahu mama yang sedang membawa kereta di tempat pemandu. tanpa berfikir panjang, aku dan mama meneruskan perjalanan ke sekolah. mama pula ketempat kerjanya.

aku masuk pagar sekolah dengan hati yang gembira. aku pun tidak tahu mengapa aku rasa sangat tenang. bibir pula tidak lekang mengukir senyuman pada rakan-rakan yang lain. berbeza dengan hari lain. setiba aku di kelas, aku mendapat panggilan telefon daripada mama. biasalah.. bawa telefon bimbit senyap-senyap.hehe. aku tertanya-tanya sendiri. "kenapa pula mama telefon ni. aku baru je masuk kelas. nasib baik tak ada cikgu masuk lagi".

"APA?!!". kakiku mula longlai. air mata mengalir seperti air terjun. basah tudung sekolah ku. kawan rapatku yang risau mula bertanya, "kenapa ni Umie? kenapa menangis ni? cepat bagitahu aku!". aku tak mampu berkata-kata. aku terus memeluk rakan rapatku itu. aku menangis sepuas-puasnya. bila hatiku boleh dikawal, aku mencerikan hal sebenar kepada rakan rapatku itu. "papa aku.. papa aku.. tadi ada kemalangan dekat dengan rumah. motor hancur! darah banyak Azie.. banyak! aku ingatkan budak sekolah yang kemalangan sebab aku tengok mangsa tu pakai baju putih, tapi.. tapi rupanya-rupanya PAPA!". aku menangis teresak-esak. sepuas-puasnya. seketika itu aku bergegas keluar dari kelas dan ke kelas sepupu ku. aku mengajak dia ke tempat kejadian. sekolah ketika itu dari keadaan gembira menjadi suram. penuh linangan air mata. tidak sempat aku mahu menaiki motor bersama sepupu ku, abang ketiga ku sudah sampai bersama mama untuk menjemputku. aku lihat muka mama tenang. "kenapa mama tenang je ni? kenapa tak menangis? kuat sungguh hati mama".

beberapa minit kemudian aku tiba di tempat kejadian. mayat arwah papa sudah diangkat masuk kedalam trak polis. papa dibalut plastik hitam. "Ya Allah.. PAPA aku.." air mata aku mengalir lagi.


* AL-FATIHAH. 
   ALLAHYARHAM AHMADI BIN HAMID telah kembali ke RAHMATULLAH pada 9 OGOS 2011 bersamaan 9 RAMADHAN 1432 HIJRAH.

12.2.12

faham


saya sedang cuba memahami diri sendiri. saya tak nampak kesalahan diri saya atas apa yang dah saya lakukan. saya nak berubah tapi belum dapat teguran yang mencukupi. siapa saya sebenarnya? mungkin banyak hati yang terluka gara2 berkawan dengan saya. maaf, saya tak sedar semua tu. awak, awak, awak, dan ya, awak.. tolonglah tegur saya. jangan pandang saya ni perfect sangat. saya tak sebaik yang awak bayangkan. walau sekecil zarah kesalahan saya, tolonglah tegur. saya berharap pada awak sebagai pengkritik saya. awak jangan jauhi saya. saya perlukan awak dalam hidup ni. awak jangan kecil hati. mungkin saya akan buat kesalahan kedua bila tak sedar hati awak terluka. awak tolong bimbing saya.. bawa saya ke jalan yang betul. saya mengaku saya naif. tolong sedarkan saya, siapa saya sebenarnya :') terima kasih awak  

23.1.12

CBOX!


YEAY2!!
dah ade chatbox! hahahah! berbangga siot! boleh la borak2. aww~
babai.

21.1.12

promote :)







harini nak promote sikit. abang saya perlukan pertolongan saya. wajib tolong~ huhu




artista design ni company abang saya punya. 

kat bawah ni adalah perkara yang mereka perkenalkan. tadaaa~

We specialise in custom t-shirt printing services. We offer you great quality products with good price. Here are the steps to be made to deal with our business:



1. Send us your design atartistadesign11@gmail.com
2. We will make a proposal based on your design
3. Make payment
4. Get confirmation on the deal
5. We will print out the t-shirt
6. We will make a delivery or you can get it from  our office

kalau berminat, bolehla lawati blog artista design ni. ape2 pertanyaan, boleh contact mereka :)

29.12.11

my other names :)

assalamualaikum~

jari da bergerak, otak ligat berfikir. tiba2 terfikir title MY OTHER NAMES :)
gelaran2 ni bermula sejak saya belajar tingkatan 6 di SMKGS. kelas GIHOP!
budak2 lelaki kelas saya ni suke sangat buli saya. nak kate saya ni senang dibuli, tak jugak.. ramai yang cakap saya ni garang tapi senang2 je budak2 lelaki kelas saya buli saya. huhu. sejak tu diorang suke bagi saya nama macam2. yang saya xfaham ade. yang comey pon ade jugak. haha *wink2


budak lelaki kelas saya ade 10 orang :


jefriadi gelar saya makcik (sebab kawan saya,anis,suka panggil saya nenek then saya panggil dia makcik)
adri gelar saya dodol (sebab ejek saya jual dodol =.=" )
hafiz gelar saya adek (dia abang saya :) )
mustafizi gelar saya kembang (why kembang? sebab die ejek hidung saya. jahat kan?)
ismail gelar saya umishh (sebab saya panggil dia ishh. huhu)
farid gelar saya longingok (perkataan ni la saya xfaham sampai sekarang. ntah bahasa ape la tu. macam2)
windi gelar saya cik gedik (gedik ke? huuh)

lagi 3 orang: saiful, rifky, ameer <---- diorang je panggil nama betul saya.  :)

so, what do you think about me? macam2 kan? HAHAH!

eh2, ade lagi sorang. si dia gelar saya *** <3 shhh~ secret! :p

18.12.11

mulakan yang baru :)

tarikh 13 disember 2011 saye habis exam STPM. 
tu la kali terakhir saye menjejakkan kaki ke tempat bernama SEKOLAH. kalau diikutkan hati, saye nak bersekolah lagi. macam tak puas je rase. kat sekolah la tempat saye berkongsi masalah, meluahkan perasaan, kenal diri sendiri, suka, duka, semua kat sekolah. bile dah kt universiti mesti dah rase lain sebab kat sane mesti rase dah dewasa sangat. kat sekolah boleh lagi act macam budak2 kecik. nak terkinje2 pon boleh.. bile masuk universiti n bile dah keje, mesti rindu sangat kt sekolah an? sekarang pon da start rindu sebenarnya. saye xfikirkan kawan2 sangat tp fikirkan suasana sekolah tu. gelagat budak2 sekolah semua pelik2. tu lah yang membuatkan saye tersenyum melihat telatah diorang. but, umur makin lama makin meningkat. saye kene jugak melangkah ke alam yang baru iaitu alam dewasa. kene berfikiran matang. semangat kene kental, kalau tak, saye takkan kemana2. apa2 pon, saye akan buat yang terbaik untuk diri saye sendiri, untuk keluarga dan demi ALLAH yang ESA. INSYAALLAH :)

* goodluck 4 me!
* mini cooper impian saye dari dulu sampai sekarang. 
* ingat janji pada arwah PAPA <3