hey2! tak sangka aku buat entry serajin ni. haha. selalunye sebulan sekali je kan kan?
hm.. actually untuk entry kalini aku nk ajar macam mana nak jaga muka kita ni bagi molek2 sikit. ceyhh! Ayat macam poyo je an. haha.
so, macam kat tajuk atas tu, cara jaga kulit muka. title xde class pon an? Please2, kalau nak tau, kene la rajinkan mata tu untuk baca entry aku kali ni. kalau xnak, tekan je tanda pangkah atas tu, thank youuuu!
so, tanpa panjang lebar (padahal da panjang pon kan.hiks) meh aku bagitau korang cara yang paling simple macam cara aku blaja ni. and and and aku amalkan hari2.ade perubahan tauuu..
1. basuh muka guna pencuci muka yang korang dah selalu pakai n memang sesuai dengan muka korang tu.
2. pakai toner. korang tau x toner tu apa? yang dah tau tu, duduk diam2. yang xtau tu, meh aku bagitau. toner ni sejenis cecair tau. bila kita sapukan kat muka, kita akan rasa sejuk je.. muka pun jadi segar. (ntah paham ke dok tu.hak hak!)
3. pakai moisturiser. moisturiser ni sejenis pelembab muka. function die untuk tutup balik riang roma kita then lembabkan sekali. bila kulit muka kita lembab2 gituw, xdela jadinye blackhead n whitehead sume2 tu. bila kulit kering tu yang bahaya.
memang 3 step tu je yang paling senang untuk jaga kulit muka kita ni. biase kalau perempuan mesti la nak mekap2 an.. setiap kali nak mekap, pastikan guna 3 step ni.
* wash + tone + moist
senang je kan. even korang malas pon, kene jugak guna 3 step ni. pagi sebelum pergi kerja atau pergi kelas dan malam sebelum tidur.
bila cerita pasal malas ni, setiap kali balik kerja or balik kelas korang mesti malas nak buang mekap2 korang tu kan?
nak tau cara senang tak? nak tak? senyum dulu. ngeeee :)
aloloh, cian pulak.. haha!
ok, cara senang jugak. korang pergila watson ke.. guardian ke.. beli tisu basah ikut jenama pencuci muka korang tu. so, setiap kali nak tidur, lap dengan tisu tu then bolehla pakai toner and moisturiser. xyah susah2 g toilet kan kan kan.
cara yang aku bagitau ni adalah cara yang aku buat hari2. terpulang kat korang nak percaya atau tidak. asalkan aku dah share kire dah puaskan hati aku.hehe! kalau nak ikut, lagi bagus!! sebab memang berkesan kat aku. try je lah :)
terima kasih kerana membaca entry ini :)
0 respon anda :)):
Post a Comment