WWW.sukasukihatisaye.blogspot.com

22.4.12

tips : cari kawan

 
Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.

Para pembaca semua, ketahuilah, mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.

Artikel di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana untuk pilih sahabat.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat sejati.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain.

Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.



20.4.12

tips : cara jaga kulit muka



hey2! tak sangka aku buat entry serajin ni. haha. selalunye sebulan sekali je kan kan?
hm.. actually untuk entry kalini aku nk ajar macam mana nak jaga muka kita ni bagi molek2 sikit. ceyhh! Ayat macam poyo je an. haha.
so, macam kat tajuk atas tu, cara jaga kulit muka. title xde class pon an? Please2, kalau nak tau, kene la rajinkan mata tu untuk baca entry aku kali ni. kalau xnak, tekan je tanda pangkah atas tu, thank youuuu!

so, tanpa panjang lebar (padahal da panjang pon kan.hiks) meh aku bagitau korang cara yang paling simple macam cara aku blaja ni. and and and aku amalkan hari2.ade perubahan tauuu..

 1. basuh muka guna pencuci muka yang korang dah selalu pakai n memang sesuai dengan muka korang tu.
2. pakai toner. korang tau x toner tu apa? yang dah tau tu, duduk diam2. yang xtau tu, meh aku bagitau. toner ni sejenis cecair tau. bila kita sapukan kat muka, kita akan rasa sejuk je.. muka pun jadi segar. (ntah paham ke dok tu.hak hak!)
3. pakai moisturiser. moisturiser ni sejenis pelembab muka. function die untuk tutup balik riang roma kita then lembabkan sekali. bila kulit muka kita lembab2 gituw, xdela jadinye blackhead n whitehead sume2 tu. bila kulit kering tu yang bahaya.

memang 3 step tu je yang paling senang untuk jaga kulit muka kita ni. biase kalau perempuan mesti la nak mekap2 an.. setiap kali nak mekap, pastikan guna 3 step ni.

* wash + tone + moist

senang je kan. even korang malas pon, kene jugak guna 3 step ni. pagi sebelum pergi kerja atau pergi kelas dan malam sebelum tidur.

bila cerita pasal malas ni, setiap kali balik kerja or balik kelas korang mesti malas nak buang mekap2 korang tu kan?
nak tau cara senang tak? nak tak? senyum dulu. ngeeee :)

aloloh, cian pulak.. haha!

ok, cara senang jugak. korang pergila watson ke.. guardian ke.. beli tisu basah ikut jenama pencuci muka korang tu. so, setiap kali nak tidur, lap dengan tisu tu then bolehla pakai toner and moisturiser. xyah susah2 g toilet kan kan kan. 

cara yang aku bagitau ni adalah cara yang aku buat hari2. terpulang kat korang nak percaya atau tidak. asalkan aku dah share kire dah puaskan hati aku.hehe! kalau nak ikut, lagi bagus!! sebab memang berkesan kat aku. try je lah :)


terima kasih kerana membaca entry ini :)

18.4.12

tips : cara putihkan gigi (home made)


dah lama tak jenguk blog ni. busy sangat dengan aktiviti harian. tambah2 lagi sekarang ni aku dah kerja. temporary staff as a clerk at UNIKL-BMI. dekat je.. kat gombak. berdekatan dengan UIAM. kalau diikutkan banyak je cerita nak share ni tp nanti2 je lah cerita * saje nak bagi kau hot.hiks. 

actually entry kali ni aku nak bagi tips sikit. macam yang korang bace kat tajuk tu. cara putihkan gigi (home made). cara ni sebenarnya bukan la dari aku. ciplak dari youtube je. hak hak. bila boring2 kat office tu, xsalah curi tulang sekejap. kejap jee.. btol xtipu. hee..

so, caranye senang je. 

bahan2: * berus gigi
             * baking soda (untuk buat kek tuuu)
             * air

1. 1st step korang kena la berus gigi korang dulu guna ubat gigi. tak kesahla jenama ape pon. berus besih2.. jangan ganas2, kang berdarah, ade gak yang pengsan dalam bilik air tu kang. haha.

2. pastu, korang pergi dapur jap. ambik piring kecik. kecik je tau. jangan ambik pinggan makan tu pulak. hambik kau, besar sangat la cik senah oi. haha.

3. kemudian, korang ambik satu sudu kecil baking soda dan satu sudu kecil air (air paip je senang). sebatikan.. gaul gaul gaul.. 

4. next, korang pergi masuk bilik air balik (saje nak buli korang. kah kah!). eh, jangan lupa bawak baking soda yang korang dah bancuh tadi. korang ambik berus gigi cantik korang tu, then letak sikit bancuhan baking soda tadi tu. pastu bolehla start berus gigi korang. dah selesai, boleh la kumur2 sampai bersih.

simple je cara ni. korang kene la rajin buat bende yang sama hari2. dua kali sehari paling minima. insyaallah, dengan cara ni korang akan dapat gigi yang putih bersih. kuning2 tu xde dah :)

cuba..jangan tak cuba. xde sape yang xnak cantik kan.



terima kasih sebab baca entry ini :)