WWW.sukasukihatisaye.blogspot.com

23.4.11

buncit :s

ha..nak tau ape cte buncit2 nie?
dengan segala hormatnya saye nak bg sumthing untuk anda :))

6 TIP ELAK PERUT BUNCIT

1. kurangkan garam
>> terlalu banyak garam dalam diet boleh meningkatkan lagi kandungan sodium terhadap cairan tubuh dan ini akan melambatkan proses pengeluaran air dari sel tubuh. akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung. mengambil kuantiti garam yang terlalu banyak juga akan menyebabkan kamu mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan juga obesiti..
* so, jaga2 sikit bile masak tu..control garam okey :)

2. minum banyak air
>> jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, kamu sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum air lebih banyak lagi. hal ini kerana ia akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar daripada sistem badan. minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
*rajin2 minum air okey.. sehari 8 gelas.. (actually,saye pon xadela sampai 8 gelas minum air..liat betull :)))

3. makan perlahan-lahan
>> jangan makan gelojoh kerana kerana kamu menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan perut menggelembung. duduk ketika makan dan kunyah makanan perlahan-lahan. makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian2 kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan masalah gelembung. tabiat ini sering dilakukan oleh lelaki, mungkin kerana terlalu ingin mengejar masa. malah perlu diingat kesihatan juga mesti dujaga.
* makan la elok2..kite orang ISLAM kan ade tata tertib. bile makan or minum tu, duduk baik2. kalau ikot sunnah NABI pulak, kunyah makanan elok 44 kali..sopan je kn? hehe.. :))

4. pengambilan serat
>> serat adalah element penting dalam diet, juga untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan masalah gelembung. makanlah serat yang terdiri daripada buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air. selain itu, produk sampingan seperti biskut ataupun roti yang memiliki serat turut mambantu kamu untuk mengelakkan perut buncit.
* hari2 makan buah epal serius boleh kurus! betul..

5. hindari sembelit
>> sembelit didefinisikan sebagai memiliki kekerapan kurang daripada tiga kali untuk membuang air besar dalam seminggu. akibatnya perut terasa bertambah besar. untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas berlebihan.
* 'pengeluaran gas berlebihan' kentut lah tu..haha! kalau saya, makan pisang je dah settle :))

6. bersenam
>> olahraga atau bersenam akan membantu mengerakkan cairan dalan perut yang menyebabkan mesalah perut besar. ia akan mendorongnya keluar daripada jaringan dan akan masuk dalam aliran darah dimana ia akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing.senaman yang sisarankan pula ialah aerobik.
* senaman..saye kadang2 je pegi jogging..di taman metropolitan. satu round tasik boleh habis..semput2 jugaklahh!huhu..

# perut buncit nie bkn jadi pada lelaki je tau,pompuan pon ade..mcm saye..hehe!(mengaku sehh =.=")
# ikot perwatakan NABI, perut beliau tidak lebih daripada dada.. bayangkan..pastu lakukan..(saye bace dalam buku..)
# anda ialah apa yang anda lakukan :)

0 respon anda :)):