tok! tok ! tok! "baby.. bangun sahur. nanti imsak pulak" dengan rasa tanggungjawab papa kejutkan aku bangun sahur. baru sembilan hari berpuasa aku dah diberi 'cuti' tapi tak nak lah kecewakan papa, aku gagahkan juga untuk bangun bersahur.
aku ke ruang makan bersebelahan dengan bilikku. abang serta kakak ipar ku semua sedang enak menjamu selera. tapi mataku tertancap pada muka papa.
"cantiknya papa pagi ni. muka berseri-seri sangat. putih bersih" aku bermonolog sendiri. memandangkan aku diberi 'cuti', aku hanya duduk disofa berdekatan meja makan. papa mula bersuara, "baby, taknak makan ke? papa habiskan lauk ni nanti". aku hanya menjawab, "takpelah.. papa makan je. baby tak puasa, nanti pandai-pandai la baby masak sendiri". papa hanya tersenyum memandangku.
selesai semua ahli keluargaku bersahur, kini giliran aku pula untuk mengisi perut yang sejak petang semalam tidak diisi. aku mula masak bihun goreng. masak simple-simple pun cukuplah.
ketika aku sedang enak menjamu selera, makan masakan aku yang paling sedap didunia tu.. cewwah! tiba-tiba aku terlihat papa sedang asyik melihat aku yang sedang makan. muka tak senyum. macam muka tiada perasaan. dalam hatiku mula bercakap, "papa ni kenapa? pelik je tengok aku macam tu. macam nak makan orang". hmm..
usai makan, aku mula semangat menggosok baju sekolah berwarna putih. sudah sebulan aku tidak memakai baju sekolah warna putih itu gara-gara sekolah memerlukan aku untuk memakai baju sekolah berwarna kelabu. tingkatan enam la katakan..hehe.

selepas itu aku mula bersiap untuk mandi dan bersiap untuk ke sekolah. ahli keluarga yang lain semua sudah ke tempat kerja masing-masing. aku ni biasalah, anak dara bersiap memang lambat. pakai tudung pun sudah sepuluh minit.
memandangkan aku dah siap,mama pun sudah menghidupkan enjin kereta.aku mula bergerak ke sekolah. ayuh!
dalam perjalanan,beberapa kilometer dari rumah aku terdapat satu kemalangan antara motosikal dan sebuah lori pasir. ramai orang berkerumun melihat kejadian dan polis pula sibuk mengawal keadaan. aku sudah tidak sedap hati. dup dap dup dap! aku lihat sekujur tubuh ditutup dengan plastik hitam kebetulan aku dapat melihat baju yang dipakai oleh mangsa terbabit berwarna putih. "barangkali budak sekolah", aku memberitahu mama yang sedang membawa kereta di tempat pemandu. tanpa berfikir panjang, aku dan mama meneruskan perjalanan ke sekolah. mama pula ketempat kerjanya.

aku masuk pagar sekolah dengan hati yang gembira. aku pun tidak tahu mengapa aku rasa sangat tenang. bibir pula tidak lekang mengukir senyuman pada rakan-rakan yang lain. berbeza dengan hari lain. setiba aku di kelas, aku mendapat panggilan telefon daripada mama. biasalah.. bawa telefon bimbit senyap-senyap.hehe. aku tertanya-tanya sendiri. "kenapa pula mama telefon ni. aku baru je masuk kelas. nasib baik tak ada cikgu masuk lagi".
"APA?!!". kakiku mula longlai. air mata mengalir seperti air terjun. basah tudung sekolah ku. kawan rapatku yang risau mula bertanya, "kenapa ni Umie? kenapa menangis ni? cepat bagitahu aku!". aku tak mampu berkata-kata. aku terus memeluk rakan rapatku itu. aku menangis sepuas-puasnya. bila hatiku boleh dikawal, aku mencerikan hal sebenar kepada rakan rapatku itu. "papa aku.. papa aku.. tadi ada kemalangan dekat dengan rumah. motor hancur! darah banyak Azie.. banyak! aku ingatkan budak sekolah yang kemalangan sebab aku tengok mangsa tu pakai baju putih, tapi.. tapi rupanya-rupanya PAPA!". aku menangis teresak-esak. sepuas-puasnya. seketika itu aku bergegas keluar dari kelas dan ke kelas sepupu ku. aku mengajak dia ke tempat kejadian. sekolah ketika itu dari keadaan gembira menjadi suram. penuh linangan air mata. tidak sempat aku mahu menaiki motor bersama sepupu ku, abang ketiga ku sudah sampai bersama mama untuk menjemputku. aku lihat muka mama tenang. "kenapa mama tenang je ni? kenapa tak menangis? kuat sungguh hati mama".
beberapa minit kemudian aku tiba di tempat kejadian. mayat arwah papa sudah diangkat masuk kedalam trak polis. papa dibalut plastik hitam. "Ya Allah.. PAPA aku.." air mata aku mengalir lagi.
* AL-FATIHAH.
ALLAHYARHAM AHMADI BIN HAMID telah kembali ke RAHMATULLAH pada 9 OGOS 2011 bersamaan 9 RAMADHAN 1432 HIJRAH.